Cari:
Mesyuarat Menteri Pertahanan Rusia-ASEAN di Moscow
2016-04-28 15:07:14 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Pertahanan Rusia-ASEAN yang pertama diadakan di Moscow pada 26 April lalu.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu berkata, Rusia menganggap negara-negara ASEAN sebagai rakan kerjasama keselamatan yang penting di rantau Asia Pasifik.

Beliau berkata, interaksi ketenteraan antara Rusia dengan ASEAN selaras dengan kepentingan rantau Asia Pasifik. Rusia bersedia untuk meningkatkan kerjasama dua hala dengan negara-negara ASEAN dan telah menetapkan kerjasama utama antaranya termasuklah pembanterasan keganasan, keselamatan maritim, perubatan ketenteraan, bantuan bencana dan lain-lain.

Rusia akan mengadakan pelbagai rundingan dengan Menteri Pertahanan ASEAN untuk membincangkan kerjasama ketenteraan dan teknologi ketenteraan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China