Cari:
China Bantu Vietnam Atasi Kemarau
2016-04-28 12:42:52 CRI Cetak

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), Menteri Pertanian dan Pembangunan Desa Vietnam, Cao Duc Phat menyatakan bahawa China terus meningkatkan bekalan air bagi hilir Sungai Mekong untuk membantu negara itu mengatasi bencana kemarau.

Atas permohonan negara-negara terbabit, China telah menyalurkan air di kawasan hilir Sungai Mekong melalui tindakan membuka empangan di provinsi Yunnan bermula pada 15 Mac lalu hingga 10 April ini, dan tindakan itu akan diteruskan lagi bermula pada 11 April hingga berakhirnya musim kemarau.

Tindakan tersebut dapat membantu negara-negara terlibat, seperti Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam untuk mengatasi kemarau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China