Cari:
China dan ASEAN Mampu Pelihara Keamanan dan Kestabilan Laut China Selatan
2016-04-29 11:40:10 CRI Cetak

Rundingan Pegawai Tinggi China-ASEAN ke-22 berakhir di Singapura semalam.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin menyatakan bahawa kepentingan bersama antara China dengan negara-negara ASEAN jauh lebih besar berbanding perselisihan, sama ada dalam masalah kerjasama serantau mahupun isu Laut China Selatan.

Dalam tempoh dua hari rundingan itu, Mesyuarat Pegawai Tinggi ke-11 tentang Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) turut diadakan untuk menggalakkan pelaksanaan DoC tersebut serta kerjasama maritim.

Liu Zhenmin berkata, sidang itu berjaya diadakan jelas menunjukkan bahawa China dan ASEAN bersedia dan berupaya untuk memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan.

Beliau menambah, pelbagai pihak sebulat suara berpendapat, DoC tetap merupakan asas China dan ASEAN untuk memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan, maka deklarasi itu harus dilaksanakan sepenuhnya bagi meningkatkan lagi kepercayaan pelbagai pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China