Cari:
China Sokong Pembinaan Komuniti ASEAN
2016-04-29 15:14:38 CRI Cetak

Rundingan Pegawai Tinggi China-ASEAN ke-22 berakhir di Singapura semalam.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin berkata, China sentiasa menyokong pembinaan Komuniti ASEAN dan proses integrasinya serta menyokong ASEAN memainkan peranan penting dalam kerjasama serantau.

Menurut beliau, para peserta menyanjung tinggi pencapaian dalam perkembangan hubungan China-ASEAN selama 25 tahun dan bersependapat bahawa kedua-dua pihak telah memberikan sumbangan besar demi kedamaian dan kestabilan serantau.

Beliau berkata pelbagai negara anggota ASEAN menyanjung tinggi konsep pembangunan China iaitu "inovasi, koordinasi, hijau, terbuka, dan berkongsi". Keamanan, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi China membuka peluang penting kepada negara-negara serantau. Pelbagai negara ASEAN berharap dapat memanfaatkan pembinaan inisiatif "Jalur & Laluan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China