Cari:
Kepulauan Nansha dan Pulau Huangyan Tidak Pernah Termasuk dalam Lingkungan Wilayah Filipina
2016-04-29 16:14:21 CRI Cetak

1.1. Lingkungan wilayah kedaulatan Filipina telah dihadkan oleh siri perjanjian antarabangsa, antaranya termasuklah Perjanjian Damai Paris Amerika Syarikat (AS)-Sepanyol (Perjanjian Paris) yang ditandatangani pada tahun 1898, Perjanjian AS-Sepanyol mengenai Penyerahan Pulau-pulau Terpencil Filipina (Perjanjian Washington) yang dimeterai pada tahun 1900 dan Perjanjian Sempadan untuk Membatasi Borneo Utara (British) dan Filipina (AS) pada tahun 1930. Kepulauan Nansha dan Pulau Huangyan tidak termasuk dalam lingkungan wilayah Filipina dalam perjanjian tersebut. Sebelum tahun 1980-an, Perlembagaan Filipina jelas menunjukkan lingkungan wilayah kedaulatan negara itu berdasarkan perbatasan yang telah ditetapkan dalam perjanjian tersebut.

2.2. Filipina mahukan pulau-pulau dan terumbu karang di Kepulauan Nansha, China sejak tahun 1940-an hingga 1950-an lagi. Dalam pada itu, negaranya turut mengemukakan beberapa teori yang tidak berasas. Pada tahun 1970-an pula, Filipina secara rasmi mengemukakan tuntutan hak kedaulatan terhadap beberapa pulau dan terumbu karang di Kepulauan Nansha, dan juga secara haram menduduki lapan pulau dan terumbu karang termasuk Pulau Mahuan dan Pulau Siling. Pada tahun 1978, Filipina menguar-uarkan Dekri Presiden No.1596 yang mengisytiharkan secara haram beberapa pulau dan terumbu karang di Kepulauan Nansha sebagai apa yang disebut "Kepulauan Pag-Asa". Negara itu mendakwa pulau-pulau dan terumbu karang di Kepulauan Nansha tidak dimiliki oleh mana-mana negara dari segi undang-undang. Maka, Filipina mempunyai hak kedaulatan terhadap wilayah tersebut dengan mempertimbangkan sejarah, keperluan semasa serta pendudukan dan kawalan yang efektif berdasarkan undang-undang antarabangsa.

3.3. Berhubung dengan Pulau Huangyan, Filipina tidak pernah secara terbuka dan jelas mengemukakan tuntutan hak kedaulatan terhadap pulau tersebut dalam jangka masa panjang. Pada tahun 1997, mantan Presiden Filipina, Fidel Valdez Ramos dalam kenyataannya mengenai Pulau Huangyan hanya menyatakan bahawa pulau tersebut terletak dalam lingkungan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Filipina dan negara itu mempunyai hak kedaulatan, namun tidak mengemukakan sebarang tuntutan terhadap Pulau Huangyan. Pada bulan April 2012, Filipina secara haram menahan bot nelayan China dan anak kapalnya di Pulau Huangyan. Dalam proses menangani bantahan keras yang dikemukakan oleh kerajaan China, Kementerian Luar Filipina dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 18 April mengatakan yang bukan-bukan bahawa Pulau Huangyan merupakan wilayah kedaulatan Filipina dan hak kedaulatan tersebut berasal daripada tindakan "menduduki dan mentadbir" secara efektif yang dilakukan oleh Filipina di pulau tersebut sejak sekian lama. Sejarah berkenaan boleh dijejaki kembali pada zaman penjajahan Sepanyol dan AS sebelum Filipina merdeka. Negara itu juga menyenaraikan beberapa tindakan untuk menyokong apa yang disebut "menduduki dan mentadbir" secara efektif.

Walau bagaimanapun, berdasarkan undang-undang antarabangsa, menduduki secara efektif atau tidak bergantung pada sama ada tindakan tersebut mencerminkan hak kedaulatan, atau sama ada pihak berkuasa negara berkenaan pada masa itu memang berniat untuk menduduki atau tidak. Filipina merdeka pada tahun 1946, maka sebarang tindakan mengenai hak kedaulatan negara itu sebelum merdeka menggambarkan niat penjajah Filipina, iaitu Sepanyol dan AS. Malangnya, kedua-dua negara penjajah tersebut tidak pernah mengemukakan tuntutan hak kedaulatan terhadap Pulau Huangyan. Oleh itu, tindakan yang dilakukan oleh Filipina merupakan dalih "hak kedaulatan" semata-mata, dan tidak boleh menyokong tindakan "menduduki dan mentadbir" pulau tersebut secara efektif. Lagipun, China telah mengesahkan hak kedaulatan terhadap Pulau Huangyan sejak zaman dahulukala. Tindakan yang dilakukan oleh Sepanyol dan AS boleh dikatakan telah mencabuli hak dan kepentingan China. Tindakan-tindakan yang diambil Filipina selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, seperti menaikkan bendera, membina rumah api serta menjadikan Pulau Huangyan sebagai kawasan latihan tentera jelas telah mencabuli hak kedaulatan wilayah China dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa kerana China telah mendapatkan semula pulau-pulau di Laut China Selatan daripada Jepun dan melaksanakan semula kedaulatan terhadap pulau-pulau itu berdasarkan Konvensyen Kaherah dan Pengisytiharan Potsdam.

4.4. Tuntutan kedaulatan yang dikemukakan oleh Filipina terhadap Kepulauan Nansha dan Pulau Huangyan, berdasarkan mana-mana asas sekali pun, menyalahi undang-undang dan tidak sah. Yang tidak boleh berubah dan dipertikaikan ialah China mempunyai hak kedaulatan terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan serta kawasan perairan di sekitarnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China