Cari:
Huang Huikang Dianugerahi Gelaran Duta Bahasa dan Budaya
2016-04-29 14:35:01 CRI Cetak

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia menganugerahi Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Huang Huikang, Duta Besar China ke Malaysia gelaran Duta Bahasa dan Budaya bagi menghargai sumbangan besar beliau terhadap kerjasama dalam bidang keilmuan antara Malaysia dengan China.

Beliau merupakan duta besar pertama yang diberikan gelaran tersebut dalam sejarah Malaysia.

Dr. Huang Huikang dalam tempoh perkhidmatannya amat menggalakkan sinergi antara syarikat penerbitan China dengan Malaysia dalam kerja-kerja penterjemahan dan penerbitan beberapa karya sastera klasik agung China untuk pembaca Malaysia dan mewujudkan beberapa projek kolaborasi dan pertukaran antara syarikat penerbitan China, Zheijang Publishing United Group dengan DBP.

Projek tersebut diharap dapat membantu meningkatkan pemahaman rakyat Malaysia tentang budaya Cina dan memperkukuh persahabatan tradisional antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China