Cari:
Indonesia Buka Peluang Pelaburan
2016-04-30 15:33:05 CRI Cetak

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menggesa syarikat di negara itu merebut peluang mengembangkan pasaran ke Indonesia apabila Badan Koordinasi Pelaburan Modal Indonesia (BKPM) membuka lima sektor pelaburan kepada syarikat dari Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Mahmud berkata, lima sektor yang menjadi tum­puan BKPM adalah industri pembuatan, sektor infrastruktur, pertanian, industri maritim dan pelancongan.

Azman berkata, BKPM adalah one-stop shop untuk memudahkan syarikat Malaysia memulakan perniagaan di Indonesia di samping mereka turut menyediakan pegawai pemasaran pelaburan untuk memberi maklumat dan kemudahan yang diperlukan.

Sementara itu, Pengerusi BKPM, Franky Sibarani berkata, badan penyelaras pelaburan itu yakin syarikat Malaysia akan berminat untuk melabur dan meluaskan perniagaan di Indonesia memandangkan kedua-dua negara jiran itu mempunyai hubungan yang cukup rapat dan persamaan dalam pelbagai bidang.

----utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China