Cari:
Prospek Tenaga ASEAN Cerah
2016-05-02 15:52:54 CRI Cetak

Berdasarkan Laporan Tenaga ASEAN 2013-2035 yang dikeluarkan oleh Pusat Tenaga ASEAN (ACE) pada Januari lepas, bekalan tenaga asas yang mencakupi semua bidang akan meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang. Bekalan yang mencukupi itu mampu mendukung pertumbuhan ekonomi serantau. Di samping itu, Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN 2016-2020 menyebut bahawa pembentukan pasaran tenaga dan kesalinghubungan dalam bidang tenaga adalah dua bidang terutama, manakala keselamatan tenaga, kebolehdapatan dan kepenggunaan dianggap sebagai tiga cabaran yang perlu dihadapi.

Pengarah Eksekutif ACE, Sanjayan Velautham menyatakan, dalam tempoh lima tahun akan datang, negara-negara ASEAN akan menggandakan usaha bagi membuahkan hasil dalam tujuh tugas strategik, iaitu sistem grid serantau, saluran paip gas asli, teknologi arang batu bersih, kecekapan tenaga dan teknologi penjimatan tenaga, tenaga alternatif, tenaga nuklear untuk kegunaan awam serta penyelarasan dasar dan rancangan tenaga serantau.

Ketika memperkatakan tentang kaitan pembaharuan terhadap sektor tenaga dengan proses integrasi ASEAN, Sanjayan berkata, penyelesaian masalah-masalah dalam bidang tenaga akan membantu memecut proses integrasi ASEAN, dan kesalinghubungan dalam bidang tersebut mencerminkan kepentingan bersama semua negara anggota ASEAN. Sebagai contoh, sesebuah negara pengimport gas asli boleh meneroka dan mengembangkan pasaran peringkat kedua di rantau ini dengan mengoptimumkan lebihan tenaga yang dieksport ke negara-negara lain. Cara itu boleh membantu menyelesaikan masalah sekatan perdagangan di dalam rantau, malah merangsang usaha pembinaan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Apabila menyebut tentang peranan China dalam pembaharuan yang diamalkan ASEAN dalam bidang tenaga, Sanjayan menganggap, sehingga 2035, ASEAN mempunyai permintaan yang amat tinggi terhadap arang batu daripada sumber tenaga lain, seperti gas asli. China yang sedang mempergiatkan pembaharuan terhadap struktur tenaga memilik lebih banyak pengalaman dalam pembangunan ekonomi rendah karbon, teknologi arang batu bersih dan penjimatan tenaga. Kesemua ini adalah yang dikehendaki negara-negara ASEAN. Sebagai satu-satunya antara tiga rakan negara ASEAN yang bersempadan dengan rantau itu, China mempunyai kelebihan semula jadi dalam kesalinghubungan tenaga dengan negara-negara berkenaan. Sebenarnya, kerjasama antara China dengan Laos, Myanmar dan Vietnam telah membuahkan tuaian awal yang memuaskan. Ini menjanjikan prospek yang amat cerah kepada semua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China