Cari:
Thailand Dijangka Tarik 32.5 Juta Pelancong Asing Tahun Ini
2016-05-02 14:49:40 CRI Cetak

Thailand dijangka akan menarik 32.5 juta pelancong asing sepanjang tahun 2016, dengan memperoleh pendapatan 1.5 trilion baht, iaitu kira-kira USD 43 bilion. Jangkaan itu dibuat oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Thailand (NESDB) baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Pelancongan Thailand telah membuat jangkaan yang lebih optimistik, iaitu mampu menarik kedatangan pelancong asing antara 32.5 hingga 34 juta orang pada tahun ini.

Menurut statistik Bank Bangkok, walaupun beberapa sektor ekonomi di Thailand masih mengalami kelembapan, namun sektor pelancongan negara itu tetap menunjukkan momentum perkembangan, dengan menerima 29.9 juta pelancongan asing pada tahun lepas, sekali gus mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 10 tahun lalu.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China