Cari:
China, Laos Komited Perkasa Hubungan Dua Hala
2016-05-04 14:24:32 CRI Cetak

China bersedia untuk terus memperkasakan kerjasama strategik komprehensif dengan Laos, dan berganding bahu dengan Laos dalam usaha membentuk komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam rundingan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Bounnhang Vorachit di Beijing semalam.

Xi dalam rundingan itu berkata, lawatan Presiden baharu Laos ke China ini mencerminkan keprihatinan yang tinggi pihak Laos terhadap perkembangan hubungan dua hala.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 terjalinnya hubungan diplomatik China-Laos. Kerajaan China bersedia untuk mengorak langkah dengan pucuk pimpinan baharu Laos dalam usaha memperkasakan kerjasama strategik komprehensif yang stabil dan sihat antara kedua-dua negara.

Bounnhang pula berkata, tahun ini merupakan tahun yang sangat bermakna bagi hubungan kerjasama Laos-China.

Kedua-dua negara bakal mengadakan pelbagai aktiviti bagi meraikan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik.

Pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan China bagi menggalakkan hubungan sahabat lama membuahkan hasil.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan China kepada Laos yang menyandang jawatan pengerusi bergilir ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China