Cari:
PRU Filipina akan Tiba
2016-05-06 15:09:59 CRI Cetak

Pada 9 Mei ini, seramai 54 juta pengundi Filipina akan mengundi di lebih 92 ribu pusat pengundian untuk memilih pemimpin-pemimpin negara mereka termasuk Presiden baharu yang menggantikan Benigno Aquino yang sudah tamat dua penggal pemerintahannya serta timbalan presiden, senator dan pemimpin tempatan.

Antara lima calon yang bertanding bagi merebut jawatan Presiden Filipina ialah Datuk Bandar Davao Rodrigo Duterte, Senator Grace Poe, bekas setiausaha kerajaan tempatan Manuel Roxas II, Timbalan Presiden Jejomar Binay dan Senator Miriam Defensor-Santiago. Setiap calon berusaha menunjukkan kehebatan apabila masing-masing membentangkan dasar-dasar mereka berhubung isu tempatan dan antarabangsa semasa berkempen.

Tinjauan pendapat menunjukkan, hanya tiga hari menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), Duterte yang menjanjikan penghapusan jenayah serta dadah mendahului calon-calon lain dengan memperoleh 33 peratus sokongan, seterusnya pesaing utamanya yang semakin mencabar, Senator Grace Poe yang mencatat 22 peratus sokongan, manakala Manuel Roxas menduduki tempat ketiga dengan 20 peratus, Timbalan Presiden Binay dengan kadar sokongan 18 peratus berada pada kedudukan keempat.

Dimaklumkan, e-undi akan terus diperkenalkan kepada pengundi berdaftar untuk memastikan kelancaran dan keadilan proses pengundian dan pengiraan undi.

Walau bagaimanapun, keganasan berdarah sering mencemari musim pilihan raya di Filipina. Menurut pihak polis negara itu, lebih 100 kes percubaan membunuh yang dipercayai ada kaitan dengan pilihan raya telah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa dalam tempoh empat bulan yang lalu. Pembunuhan masih dijadikan "senjata utama" oleh kumpulan politik tempatan untuk menamatkan saingan daripada seteru-seteru politik atau menakut-nakutkan pengundi.

Banyak kes pembunuhan bermotif politik berlaku di negara tersebut ekoran kawalan pemilikan senjata api haram yang longgar. Biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina (Comelec) mengeluarkan perintah yang melarang penggunaan senjata api secara haram dalam negeri pada bulan Januari lalu, namun, setakat pertengahan bulan April lepas, lebih 3,000 orang ditahan pihak polis kerana memiliki senjara api secara haram. Dalam masa yang sama, polis juga menggalakkan mereka yang ada lesen untuk memiliki senjata api supaya memperbaharui lesen mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China