Cari:
Duta Besar Malaysia ke China Lawat Provinsi Gansu
2016-05-06 14:38:42 CRI Cetak

Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Zainuddin Yahya mengadakan lawatan ke provinsi Gansu China, bagi menerokai kerjasama antara Malaysia dengan provinsi itu dalam industri makanan halal, pendidikan dan pelancongan.

Selepas pertemuan dengan Naib Gabenor Gansu, Hao Yuan, Dato' Zainuddin berkata, pengeluaran makanan halal di China hanya menduduki 5 peratus daripada pasaran global. Provinsi Gansu merupakan pengeluar makanan halal utama di China. Kerjasama antara kedua-dua pihak boleh membantu meningkatkan lagi prospek makanan halal China di peringkat antarabangsa.

Menurut Naib Gabenor Gansu, Hao Yuan pula, terdapat empat buah syarikat Malaysia telah melabur di Gansu, manakala tiga buah syarikat dari Gansu juga membuat pelaburan di Malaysia.

Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke bandar Lanzhou, ibu kota provinsi Gansu juga telah dibuka bagi memudahkan pelancong dari kedua-dua pihak. 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada Pusat Pensijilan Makanan Halal Linxia, Gansu sebagai agensi pensijilan makanan halal yang bertaraf antarabangsa di China pada awal tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China