Cari:
China Tolak Timbang Tara Isu Laut China Selatan
2016-05-07 14:53:19 CRI Cetak

China tidak menerima dan tidak akan menyertai kes timbang tara yang dibangkitkan oleh Filipina berhubung isu Laut China Selatan pada Januari 2013.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Laut, Kementerian Luar China, Ouyang Yujing dalam sidang media semalam.

Kata beliau, perselisihan antara China dengan Filipina dalam isu Laut China Selatan tertumpu pada isu kedaulatan ekoran tindakan Filipina menduduki secara haram sebahagian pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha serta masalah persempadanan laut di kawasan perairan tersebut.

Beliau turut mengemukakan tiga alasan kes timbang tara itu ditolak pihak China. Pertama, China dan Filipina sebelum ini telah memeterai perjanjian bagi menyelesaikan isu berkenaan menerusi rundingan dua hala; kedua, berdasarkan fasal keempat Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) yang ditandatangani oleh China dan negara-negara ASEAN, perselisihan berkenaan seharusnya ditangani melalui rundingan antara negara-negara yang terlibat secara terus; dan ketiga, berdasarkan fasal ke-298 Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), China telah membuat kenyataan bahawa negara ini tidak akan menerima sebarang prosedur penyelesaian secara mandatori tentang masalah persempadanan laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China