Cari:
Laos, Myanmar Komited Perkasa Kerjasama Dua Hala
2016-05-07 14:54:38 CCTV Cetak

Presiden Laos, Bounnhang Vorachith mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Myanmar, Htin Kyaw yang melawat Laos pagi semalam. Penasihat Negara Myanmar yang juga Menteri Luar, Aung San Suu Kyi turut mengiringi beliau dalam lawatan tersebut.

Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama bagi Htin Kyaw dan Aung San Suu Kyi selepas kerajaan baharu Myanmar mengangkat sumpah pada 1 April lalu.

Pemimpin kedua-dua negara menyatakan rasa puas hati terhadap perkembangan hubungan dua hala selama ini, di samping bersetuju untuk terus mengintensifkan kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pelancongan.

Kedua-dua pihak juga mengadakan perbincangan tentang pemulihan penerbangan langsung Vientiane-Yangon serta Luang Prabang-Bagan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China