Cari:
Pameran Lukisan Persahabatan Malaysia-China Dirasmikan Di Beijing
2016-05-09 13:06:25 CRI Cetak

Pada 7 Mei lalu telah berlangsung majlis perasmian pameran lukisan yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Beijing dengan kerjasama Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Angkatan Pelukis SeMalaysia, Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia & China, serta PERFECT China selaku penaja utama. Majlis perasmian tersebut turut diserikan dengan kehadiran Duta Malaysia ke China, Dato' Zainuddin Yahya, Presiden PPMC, Dato' Abdul Majid Ahmad Khan, wakil-wakil persatuan, wakil-wakil kedutaan asing, pihak media dan sebagainya.

Pameran yang bertemakan, "Melaka: Di sini Bermulanya Persahabatan, Memperkasakan Kesalinghubungan Laluan Sutera Maritim" mempamerkan kira-kira 48 buah lukisan hasil interpretasi 13 pelukis hebat Malaysia dari perspektif budaya dan hubungan diplomatik Malaysia-China dahulu dan kini.

Semasa berucap pada majlis perasmian Dato' Abdul Majid Ahmad Khan berkata, para pelukis cuba untuk mencipta tanggapan secara konseptual tentang kunjungan pertama Laksamana Cheng Ho ke Melaka, di samping menggambarkan kebudayaan pada zaman lampau.

Karya-karya Mohamad bin Hassan (MOHAS), Abdul Rahim Muda (IMUDA), Amirudin Ariffin, Shafie Haji Hassan, Maamor bin Jantan, Raja Mohamed Nizam, Hamidon Ahmed, Mohd Nawiah bin Kassim, Mohammad Selamat bin Senun (Selamat Cumat), Dr. Wong Seng Tong, Calvin Chua Cheng Koon, Alex Leong Yim Kuan dan Yasmeen Cheong Pooi Sum boleh disaksikan sehingga 12 Mei ini di Galeri Joyart Chaoyang, Beijing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China