Cari:
Yunnan China Bekalkan Elektrik kepada Vietnam
2016-05-09 14:50:46 CRI Cetak

Syarikat Elektrik Yunnan China Berhad semalam memaklumkan bahawa bekalan elektrik yang disalurkan ke Vietnam sejak tahun 2004 hingga hujung Mac tahun ini, telah mencatat 31.29 bilion kilowatt-jam (kWj). Ini merupakan komponen penting dalam perdagangan antara provinsi Yunnan dengan Vietnam.

Provinsi Yunnan China yang kaya dengan sumber air ini berjiran dengan beberapa negara Asia Tenggara. Pada tahun 2004, projek rangkaian elektrik yang menghubungkan Hekou Yunnan dengan Laukkai Vietnam mula beroperasi, kemudian beberapa saluran tenaga elektrik dari Yunnan ke negara lain juga siap dibina.

Naib Pengurus syarikat tersebut, Wang Wen menyatakan bahawa pihaknya dengan kumpulan tenaga elektrik Vietnam telah membentuk mekanisma mesyuarat bersama keselamatan bekalan elektrik ke Vietnam bagi menyelesaikan masalah dalam proses pengeluaran, pengoperasian dan perdagangan. Mekanisma ini menjadi contoh bagi syarikat itu menjalankan kerjasama dengan negara lain.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China