Cari:
Rodrigo Duterte Menang dalam Pilihan Raya Filipina
2016-05-10 12:59:00 CRI Cetak

Menurut hasil pengiraan undi Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina pagi tadi, Datuk Bandar Dovao, Rodrigo Duterte yang memperoleh 14.5 juta undi, telah menang dalam pilihan raya tersebut walaupun keputusan rasmi akan diumumkan selepas mendapat pengesahan Kongres.

Menurut hasil pengiraan undi terkini, Duterte mendahului 5.82 juta undi berbanding dengan calon yang menduduki tempat kedua, iaitu mantan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Manuel Araneta Roxas yang memperoleh 8.68 juta undi.

Kongres Filipina dijangka akan mengadakan sidang pada awal bulan Jun untuk mengumumkan Presiden baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China