Cari:
AS Berniat Politikkan Isu Laut China Selatan
2016-05-10 13:09:52 CRI Cetak

China tetap tegas dengan pendirian untuk tidak menyertai proses timbang tara isu Laut China Selatan yang difailkan Filipina. Namun, terdapat tokoh Amerika Syarikat (AS) tidak menghiraukan fakta asas, menggunakan undang-undang antarabangsa dengan sewenang-wenangnya untuk mencapai tujuan politiknya yang tersembunyi.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika mengulas ucapan mantan Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel semalam.

Menurut maklumat berkenaan, Hagel pernah menyatakan bahawa sekiranya pihak Filipina atau China tidak menerima keputusan kes timbang tara Isu Laut China Selatan, maka tindakan tersebut merupakan permulaan yang berbahaya.

Sehubungan dengan itu, Lu Kang menyatakan bahawa masyarakat perlu berwaspada dengan spekulasi AS yang menggunakan beberapa peraturan undang-undang antarabangsa yang berfaedah kepada mereka dan menolak sebarang peraturan undang-undang antarabangsa yang tidak bermanfaat kepada mereka. Misalnya, AS menolak Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) yang telah pun dicapai sejak 34 tahun yang lalu serta menolak keputusan dan arahan yang dikeluarkan badan kehakiman terpenting PBB, iaitu Mahkamah Antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China