Cari:
Peta, Bukti Kukuh Kedaulatan Negara
2016-05-11 16:02:24 CRI Cetak

Peta bumi menunjukkan garis sempadan, penetapan wilayah, wilayah laut dan ruang udara.

Peta boleh dikatakan bukti kukuh untuk menunjukkan kedaulatan sesebuah negara.

Peranan peta tidak boleh ditukar ganti ketika menetapkan garis sempadan darat dan laut sesebuah negara.

Peta bukan sahaja menunjukkan garis sempadan sesebuah negara dalam sejarah, malah membuktikan catatan sejarah berkenaan.

Oleh itu, peta menjadi bukti penting kepada pelbagai negara untuk membuktikan kepentingan masing-masing.

Peta turut memainkan peranan utama dalam usaha China memelihara kedaulatan negara dan kepentingan laut di Laut China Selatan.

Peta bukan sahaja membuktikan catatan sejarah mengenai gugusan pulau-pulau di Laut China Selatan, malah jelas memaparkan kepulauan dan terumbu yang ditemukan dan digunakan oleh penduduk China pada masa dahulu.

Terdapat banyak peta yang berkualiti tinggi pada zaman Dinasti Ming (1368-1644) dan Dinati Qing (1616-1912) di China.

Peta Pelayaran Cheng Ho yang dihasilkan pada awal abad ke-13 telah menandakan tiga gugusan pulau, iaitu Shitang, Wansheng Shitang dan Shixing Shitang.

Peta Lengkap Pentadbiran Raja Kangxi dan Peta Pelbagai Provinsi Dinasti Qing yang merupakan peta pentadbiran jelas menunjukkan kedaulatan China terhadap kepulauan di Laut China Selatan.

Sehingga tahun 1970, Filipina, negara yang paling hendak mahu tuntutan wilayah di Laut China Selatan, masih belum menjejakkan kaki di Kepulauan Nansha berdasarkan Peta Politik Republik Filipina.

Pada hakikatnya, kedaulatan China terhadap kepulauan di Laut China Selatan telah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Koleksi peta yang diterbitkan oleh Britain, Perancis, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) seperti Koleksi Peta Dunia yang dikeluarkan oleh Jepun pada tahun 1952 jelas mencatat kepulauan di Laut China Selatan adalah antara wilayah China.

Peta Dunia yang diterbitkan oleh Jerman pada tahun 1954, 1961 dan 1970; Koleksi Peta Dunia yang diterbitkan oleh bekas Kesatuan Soviet pada tahun 1954 hingga 1970; Koleksi Peta Dunia yang diterbitkan oleh Romania pada tahun 1957; Koleksi Peta Australia dan Koleksi Peta Phillips yang diterbitkan oleh Oxford Britain pada tahun 1957; Encyclopaedia Britannica World Atlas yang diterbitkan oleh Britain pada tahun 1958; Koleksi Peta Dunia Harker yang diterbitkan oleh Jerman pada tahun 1968; Koleksi Peta Dunia Telekomunikasi Harian yang diterbitkan oleh Britain pada tahun 1968; Koleksi Peta China yang diterbitkan oleh Jepun pada tahun 1973; Koleksi Peta Politik dan Ekonomi Dunia Larousse, Peta Umum Dunia dan Atlas Moderne Larousse yang diterbitkan oleh Perancis masing-masing pada tahun 1956, 1968 dan 1969 jelas menunjukkan bahawa Kepulauan Nansha adalah milik negara China.

Vietnam yang menduduki kepulauan China di Laut China Selatan juga pernah mengesahkan bahawa kepulauan di Laut China Selatan merupakan sebahagian wilayah China.

Peta Dunia (1960) yang diterbitkan oleh pejabat turus tentera Vietnam, Koleksi Peta Vietnam (1964) dan Koleksi Peta Dunia (1972) yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Vietnam, masing-masing menunjukkan kepulauan di Laut China Selatan sebagai wilayah China.

Kepulauan di Laut China Selatan adalah antara wilayah China yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi.

Peta-peta yang menunjukkan penerokaan dan penemuan, pembangunan dan pengurusan China terhadap kepulauan di Laut China Selatan memberikan bukti kukuh kepada China untuk memelihara kedaulatan dan kepentingan di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China