Cari:
Pembangunan ASEAN Berpaksi Rakyat
2016-05-12 16:44:02 CRI Cetak

Sepanjang tempoh sedekad lalu, secara keseluruhannya, Asia Tenggara mengalami perkembangan yang rancak dengan sejumlah pencapaian yang baik yang dicatatkan dalam bidang sosioekonomi. Pada 2014, saiz ekonomi ASEAN dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita seluruh rantau ini bertambah hampir dua kali ganda berbanding 2007, manakala pelaburan langsung asing melonjak kepada USD 136 bilion (MYR 548 bilion) daripada USD 85 bilion (MYR 342 bilion). Pencapaian yang menggalakkan tersebut meletakkan ASEAN sebagai entiti ekonomi ketiga terbesar di Asia selepas China dan Jepun. Ekonomi global yang masih lembap tidak membayangi prestasi ekonomi rantau itu, yang menyaksikan pertumbuhan yang amat memberangsangkan. Encik Xu Haoliang, Penolong Setiausaha Agung PBB, yang juga Ketua Pengarah Biro Kawasan Asia Pasifik Program Pembangunan PBB (UNDP) menyatakan, kadar pertumbuhan ekonomi ASEAN bagi 2016 diunjurkan mencecah 5 peratus, antaranya Vietnam dan Filipina masing-masing mencatat 6.7 peratus dan 6 peratus, manakala Myanmar, Laos dan Kemboja dapat kekal pada 7 peratus ke atas.

Apabila menghuraikan fenomena-fenomena yang dialami ASEAN dalam proses perkembangan, Encik Xu berkata, pertumbuhan ekonomi yang pesat merupakan asas bagi menyelesaikan semua masalah sosial antaranya kemiskinan. Di samping itu, pertumbuhan tersebut harus bersifat inklusif, berterusan dan kukuh, hingga menyumbang kepada perlindungan alam sekitar, pembinaan masyarakat harmoni dan penyelesaian pelbagai krisis. Beliau menganggap, sepanjang perkembangan, haruslah berpegang teguh kepada kepercayaan "berpaksikan rakyat dan berorientasikan rakyat", sepertimana yang di ditekankan dalam Visi ASEAN 2025. Negara-negara anggota ASEAN sepatutnya mengambil berat terhadap masalah ketidakseimbangan dalam pembangunan yang merujuk kepada pembahagian sumber-sumber seperti pendidikan, perubatan dan air minuman bersih, dan bertindak mengecilkan jurang perbezaan berkenaan.

Sebagai contoh, Agenda Pembangunan Lestari 2030 PBB, pelan mereformasi dunia ini menyasarkan "tiada seorang pun tertinggal". Oleh itu, PBB boleh menghulurkan tangan membantu negara-negara Asia Tenggara menetapkan matlamat pembangunan jangka panjang yang mencakupi bidang pembasmian kemiskinan, penghapusan ketidaksamarataan, cara-cara menangani perubahan iklim, pemacuan proses perindustrian, penerokaan lestari sumber laut dan pembinaan bandar pintar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China