Cari:
China Harap Filipina Ambil Tindakan Yang Praktikal
2016-05-12 13:33:23 CRI Cetak

Filipina diharapkan mengambil tindakan yang praktikal untuk menggalakkan perkembangan hubungan China-Filipina yang sihat dan kembali ke landasan yang betul.Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam.

Lu Kang menyatakan bahawa China amat memberikan perhatian terhadap Pilihan Raya Umum Filipina yang diadakan baru-baru ini. Perkembangan hubungan China-Filipina yang sihat dan stabil selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara dan juga bermanfaat kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Lu Kang berkata, selama ini, China dan negara-negara ASEAN sentiasa mengekalkan komunikasi yang erat dalam sebarang isu, mengawal perselisihan dan memelihara kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serta pembangunan ekonomi serantau. Pepatah China menyebut, "Jiran tetangga muhibah yang dekat lebih baik berbanding dengan saudara-mara yang jauh". Asal sahaja kedua-dua pihak bersikap ikhlas, mencari titik persamaan dan mengetepikan perselisihan, maka tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China