Cari:
Putin: Perkasakan Kerjasama Rusia-ASEAN
2016-05-12 15:11:56 CRI Cetak

Presiden Rusia, Viladimir Putin menegaskan semalam Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN adalah platform untuk meningkatkan kerjasama negara-negara terbabit dalam keselamatan serantau dan antikeganasan serta kerjasama ekonomi antara Rusia dengan negara-negara ASEAN.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan Putin melalui laman web Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN, beliau menjelaskan bahawa isu yang akan dibincangkan dalam sidang kali ini merangkumi usaha-usaha melengkapkan struktur keselamatan serantau, mencari kaedah baharu bagi memerangi keganasan antarabangsa serta jenayah rentas sempadan.

Putin menyatakan bahawa Rusia berharap dapat meningkatkan kerjasama ekonomi dengan negara-negara ASEAN, merangsang potensi ekonomi, menggalakkan pelaburan dan perdagangan, di samping mengintensifkan kerjasama dalam sumber tenaga, pengangkutan, infrastruktur, pertanian serta sains dan teknologi.

Putin yakin sidang kali ini akan mendorong kerjasama pragmatik antara Rusia dengan ASEAN serta bermanfaat bagi menangani isu rantau Asia Pasifik pada ketika ini.

Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN akan diadakan di Sochi Rusia pada 19 dan 20 Mei ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China