Cari:
Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 UMNO
2016-05-13 11:28:13 CRI Cetak

Majlis sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan UMNO diadakan di Kuala Lumpur semalam. Majlis sambutan tersebut menarik perhatian ramai disebabkan perselisihan dalaman parti dan skandal rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika berucap dalam majlis tersebut Najib berkata, UMNO merupakan parti yang bertoleransi dan amat bermakna kepada orang Melayu, warga Malaysia, keluarga dan diri beliau sendiri. Menurut beliau, bersatu, semangat nasional dan setia adalah tiga asas yang menjadi formula kekuatan luar biasa UMNO, yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sebagai parti paling berjaya di dunia sehingga hari ini.

Tambah beliau lagi, kalau ditakdirkan satu hari nanti beliau berselisih faham dengan penggantinya, beliau tidak akan keluar daripada UMNO kerana kesetiaannya kepada UMNO tidak pernah berubah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China