Cari:
Projek Pembinaan Loji Jana Kuasa Elektrik China-Myanmar Dilancarkan
2016-05-13 14:35:09 CRI Cetak

Majlis meletakkan batu asas bagi projek usaha sama pembinaan loji jana kuasa elektrik China-Myanmar diadakan di Yangon semalam.

Gabenor provinsi Yangon berkata, loji jana kuasa elektrik gas asli yang memperoleh suntikan modal daripada Myanmar dan China itu memiliki kapasiti hingga 106 megawatt (MW), diyakini mampu meningkatkan penjanaan kuasa elektrik, di samping menjamin bekalan elektrik di Yangon. Perkara tersebut selaras dengan kepentingan negara dan rakyat Myanmar.

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang berkata, pelancaran projek tersebut menandakan kerjasama kedua-dua negara dalam industri tenaga bersih telah mencapai kemajuan baharu. Kerajaan China menggalakkan syarikat China meningkatkan pelaburan di Myanmar dalam industri tenaga dan memberikan sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China