Cari:
Forum Undang-undang China-ASEAN Diadakan
2016-05-13 17:33:24 CRI Cetak

Seminar Peringkat Tinggi Menggalakkan Kedaulatan Undang-undang Secara Berterusan sempena Forum Undang-undang China-ASEAN diadakan di Beijing pagi ini.

Naib Pengerusi Persatuan Undang-undang China, Chen Jiping, Puteri Diraja Thailand, Puteri Bajrakitiyabha dan 300 sarjana dari China dan ASEAN menghadiri seminar tersebut.

Chen Jiping berkata, pembangunan global tidak dapat dipisahkan daripada sokongan dan perlindungan undang-undang.

Hubungan China-ASEAN menghadapi peluang baharu, maka harus meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang undang-undang.

Puteri Bajrakitiyabha pula berkata, inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R) akan menyediakan peluang baharu kepada negara-negara yang terlibat.

Hanya dengan memahami peraturan dan undang-undang negara masing-masing, barulah pelaksanaan inisiatif tersebut dapat mencapai kejayaan yang membanggakan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China