Cari:
Harapan China terhadap Presiden Baharu Filipina
2016-05-13 12:59:24 CRI Cetak

Bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi harapan baharu kepada China apabila Datuk Bandar Davao itu menunjukkan kesediaannya untuk berunding terus dengan China, sebagaimana yang dimahukan Beijing berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan. Namun, jika rundingan itu gagal, beliau mendakwa akan belayar ke salah sebuah pulau buatan China untuk memacakkan bendera Filipina di atasnya.

Pendirian itu turut menimbulkan kebimbangan Beijing terhadap hubungan kedua-dua negara serta perkembangan terkini di perairan berkenaan. Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam satu taklimat media baru-baru ini menyatakan, China berharap dapat bekerjasama lebih baik dengan kerajaan baharu Filipina, terutamanya bagi menyelesaikan pertikaian wilayah di Laut China Selatan. Demi meredakan ketegangan, Filipina digesa supaya mengambil inisiatif kukuh menyelesaikan pertikaian tersebut untuk mengembalikan hubungan kedua-dua negara pada landasan yang betul.

Lu berkata, kedua-dua negara ini mempunyai hubungan tradisi, namun hubungan ini terjejas beberapa tahun kebelakangan ini atas sebab-sebab yang jelas. Beliau merujuk kepada tindakan Filipina mengukuhkan tuntutan serta aktiviti Amerika Syarikat yang mencabar China. Beijing dan Manila saling menuduh pihak lain menceroboh wilayah negara sendiri di Laut China Selatan yang sebenarnya milik China.

Duterte ketika berkempen pernah bercadang untuk meminta bantuan China demi menaiktarafkan kemudahan asas di negara Asia Tengara itu, sepertimana yang dipergiatkan Beijing demi kerjasama antarabangsa pada tahun-tahun kebelakangan ini. Memandangkan potensi kerjasama yang amat besar itu, mengekalkan hubungan baik dengan China selaras dengan kepentingan rakyat negara itu, sekali gus memperoleh manfaat daripada pertumbuhan ekonomi kuasa besar di Asia ini.

Jadi, haruslah kedua-dua negara memperlakukan satu sama lain dengan ikhlas, memanfaatkan persamaan dan mengetepikan perselisihan, maka barulah dapat menamatkan konflik.

Lu Kang berharap agar kerajaan baharu Filipina dapat sealiran dengan China dan bertindak menjamin hubungan China-Filipina kembali ke landasan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China