Cari:
Syarikat China Bida Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura
2016-05-13 13:58:39 CRI Cetak

China Communications Construction Company Ltd (CCCC), sebuah firma nasional dan anak syarikatnya, China Harbour Engineering Company Ltd, (CHEC) berminat untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.

Timbalan Pengurus Bahagian Pemasaran CHEC, Ding Wen berkata, butiran seperti cara untuk menyiapkan, pelaksanaan dan menghubungkan projek berkenaan dengan kedua-dua negara masih dalam peringkat perbincangan.

Beliau berkata, sebagai kontraktor antarabangsa, CCCC dan CHEC sangat berminat untuk mengambil bahagian dalam projek kereta api itu dan sedang memantau rapat perkembangannya. Pihaknya akan menubuhkan satu pasukan yang terdiri daripada bank-bank yang berkelayakan, firma perunding dan kumpulan pelabur bagi bekerjasama dan membida projek ini.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan bahawa memorandum persefahaman (MoU) dengan Singapura dijangka akan ditandatangani pada pertengahan tahun depan sebagai pemudah cara projek kereta api tersebut.

Ini telah mencetuskan minat dalam kalangan firma pembinaan, termasuk dari China.

- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China