Cari:
China, Vietnam Kukuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-05-14 17:13:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trọng ditemui ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Han Zheng di Hanoi, ibu negara Vietnam semalam.

Han Zheng menyatakan bahawa China bersedia bekerjasama dengan Vietnam untuk melaksanakan konsensus penting yang telah dicapai oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara, mengekalkan pertukaran antara peringkat tinggi dan mempergiat kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang untuk mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif antara China dan Vietnam agar berkembang dengan sihat dan stabil dalam jangka masa yang panjang.

Nguyen Phu Trọng berkata, negaranya bersedia meningkatkan komunikasi strategik dengan China, meningkatkan kesalingpercayaan politik agar memelihara dan memperkukuh persahabatan tradisional kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China