Cari:
Kes Zika Pertama di Singapura
2016-05-14 14:55:16 CRI Cetak

Seorang penduduk Singapura disahkan dijangkiti virus Zika semalam, sekali gus menjadi kes pertama jangkitan virus tersebut di negara ini.

Kementerian Kesihatan dan Agensi Persekitaran Kebangsaan Singapura mengeluarkan kenyatakan yang memaklumkan bahawa mangsa dikatakan lelaki berusia 48 tahun, pemastautin tetap yang pernah mengembara ke Sao Paulo, Brazil bermula 27 hingga 7 Mei lalu.

Lelaki terbabit dikatakan mengalami demam dan ruam sejak Selasa lalu dan dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth Novena pada Khamis dan dia dikuarantin.

Sekarang pesakit itu berada dalam situasi yang baik dan semakin sembuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China