Cari:
Tentera Indonesia Selamatkan 11 Orang Anak Kapal China
2016-05-14 15:30:06 CRI Cetak

Baru-baru ini, tentera Indonesia menyelamatkan sebuah kapal kargo yang dimiliki Singapura yang membawa 20 orang anak kapal dan seorang penumpang termasuk 11 orang anak kapal warganegara China. Anak kapal China tersebut telah tiba di Surabaya Indonesia dengan selamat.

Menurut maklumat berkenaan, tentera laut Indonesia menyelamatkan kapal kargo tersebut apabila lanun sedang memindahkan minyak dari kapal itu di kawasan perairan pulau Kalimantan.

Menurut pihak tentera laut Indonesia, sembilan orang lanun warga Indonesia telah ditahan dan dihantar ke Surabaya untuk dibicarakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China