Cari:
Serbihan yang Ditemui Tidak 100 Peratus daripada MH370
2016-05-15 14:36:23 CRI Cetak

Hasil siasatan ke atas dua serpihan pesawat yang ditemui di Afrika Selatan dan Mauritus mendapati 90 peratus sah sebagai pesawat Boeing 777 milik Malaysia yang hilang dua tahun lalu.

Ketua Pengarah Jaba­tan Penerbangan Malaysia (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mene­gaskan, kenyataan itu adalah penjelasan kepada penggunaan takrif 'hampir pasti' yang digunakan Pa­sukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam (ICCAO) untuk membuat kesimpulan penemuan siasatan ke atas serpihan tersebut.

Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, takrif hampir pasti digunakan kerana tiada hubungan yang benar-benar sahih untuk mengesahkan ia benar-benar pesawat MH370, contohnya kerana tiada nombor siri pada serpihan berkenaan yang menun­jukkan ia sebenarnya sebahagian daripada pesawat yang hilang itu. Bagaimanapun apa yang pasti, serpihan itu sememangnya daripada pesawat jenis yang sama se­perti pesawat MAS yang hilang iaitu Boeing 777.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kelmarin me­ngumumkan kesimpulan dicapai oleh sepasukan pakar antarabangsa di Australia ke atas sekeping cow­ling dengan separuh logo Rolls-Royce serta serpihan panel dalaman kabin.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

----Sumber dari Utusan Malaysia

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China