Cari:
Media Filipina Bidas Kerajaan Aquino Membawa Kes Isu Laut China Selatan kepada Timbang Tara Antarabangsa
2016-05-15 15:19:53 CRI Cetak

Akhbar The Standard Filipina menyiarkan sebuah rencana dengan menggunakan nama pena semalam menyifatkan tindakan kerajaan Aquino yang membangkitkan kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan di Tiribunal Timbang Tara sebagai bahaya tersembunyi terhadap Filipina sendiri.

Rencana pengarang yang ditulis oleh Rod Kaplan itu menyatakan bahawa dalam tempoh pemerintahan selama enam tahun, Benigno Aquino III mengikuti strategi ketenteraan AS yang memfokuskan semuala kepada Asia-Pasifik, menipu penduduk Filipina dengan sewenang-wenangnya dan menghasut permusuhan kepada negara jiran. Dalam isu Laut China Selatan, rakyat Filipina dipergunakan berjuang untuk kepentingan AS.

Rod Kaplan berpendapat kes timbang tara yang difailkan itu mengakibatkan Filipina kehilangan saluran penyelesaian melalui rundingan secara langsung dengan China. Filipina sama sekali tidak memegang peluang yang disediakan oleh China, misalnya bekerjasama untuk meneroka dan menggunakan bersama sumber Laut China Selatan. Sebaliknya, beberapa negara ASEAN sedang mengeratkan hubungan persahabatan dengan China untuk mewujudkan kemakmuran ekonomi, bukannya mencetuskan rasa saling membenci.

Rod Kaplan menyatakan bahawa AS mempergunakan perselisihan antara Filipina dengan China dalam isu Laut China Selatan sebagai alasan untuk menempatkan tenteranya di Filipina dan menjalankan rondaan di kawasan perairan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China