Cari:
Indonesia Semak Semula Kerjasama dengan Singapura mengenai Alam Sekitar
2016-05-16 14:56:55 CRI Cetak

Indonesia dilaporkan sedang menyemak semula semua kerjasama dua hala dengan Singapura mengenai perkara-perkara semasa dan pada masa akan datang yang melibatkan isu alam sekitar dan perhutanan.

Menteri Sekitaran dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya menyatakan bahawa beliau sendiri menerajui proses semakan tersebut dan mungkin terdapat beberapa kerjasama yang sedia ada akan dibatalkan.

Menurut beliau, kerjasama dua hala yang akan disemak itu termasuk projek-projek mengenai jerebu dan isu-isu yang ada kaitan dengan kebakaran hutan.

Semakan kerajaan Indonesia itu dibuat berikutan keputusan Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura (NEA) minggu lalu yang mengeluarkan waran mahkamah dalam usaha untuk mendakwa pengarah salah sebuah firma Indonesia yang mempunyai kaitan dengan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu pada tahun lepas.

(sumber MediaCorp)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China