Cari:
Ambil Semula Kepulauan Nansha, Komponen dalam Orde Antarabangsa Pasca Perang
2016-05-16 15:47:56 CRI Cetak

Peperangan dan keamanan telah mencorakkan sejarah manusia sejak azali lagi. Sepanjang catatan sejarah dunia, peperangan pernah dianggap sebagai metode yang sah yang digunakan untuk menjarah wilayah-wilayah.

Antara contoh peperangan yang disenaraikan oleh para pengkaji sejarah termasuklah Perang Dunia Pertama (WWI), Perang Dunia Kedua (WWII) dan lain-lain.

Peperangan sudah menjadi sebahagian daripada tamadun manusia.

Namun, apabila melihat kemusnahan dan kehancuran berskala besar yang dipaparkan oleh WWI serta kesengsaraan dan penderitaan yang berpanjangan, baru kita sedar bahawa peperangan hanyalah satu pertelingkahan yang kejam.

Dentuman meriam WWI masih bergema dan dunia sebenarnya masih belum sembuh daripada trauma akibat pertempuran yang berlarutan selama empat tahun itu.

Segelintir kuasa imperialisme yang menjadi abdi kepada ideologi fasis, antaranya Jerman dan Jepun, bertindak secara terburu-buru hingga mencetuskan perang pencerobohan ke atas negara-negara lain.

Semasa WWII, tentera Jepun menguasai pulau-pulau di Laut China Selatan, antaranya termasuklah Kepulauan Dongsha, Xisha dan Nansha.

Rakyat China begitu berani mempertaruhkan nyawa untuk menentang pencerobohan Jepun, memelihara kepentingan bangsa serta mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah.

Ini merupakan sumbangan besar yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah kemenangan perang anti-Fasis dunia.

Cukuplah kita melihat penderitaan dan kesengsaraan hidup yang dibawa oleh peperangan.

Kita mesti mengambil iktibar bahawa peperangan tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu konflik, selain menyediakan satu tindakan agar peperangan seperti WWII tidak akan berulang lagi atau setidak-tidaknya mengurangkan impaknya.

Antara langkah untuk mengelakkan tragedi pertumpahan darah adalah dengan mengambil pendekatan membina orde antarabangsa demi kesamarataan dan keadilan antarabangsa serta keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Seperti yang termaktub dalam Deklarasi Kaherah yang dikeluarkan pada Disember 1943, Jepun mesti memulangkan kesemua wilayah China yang didudukinya.

Gesaan China, Amerika Syarikat dan Britain supaya Jepun segera melaksanakan terma-terma Deklarasi Kaherah turut dinyatakan dalam Perisytiharan Potsdam yang diumumkan pada Julai 1945.

Dua bulan kemudian, Tokyo menandatangani perjanjian "menyerah kalah tanpa syarat" dan menerima pakai Perisytiharan Potsdam.

Sejurus selepas itu, pulau-pulau di Laut China Selatan yang jatuh ke tangan Jepun semasa WWII kembali ke pangkuan China, ibarat sirih pulang ke gagang.

Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berkuat kuasa pada Oktober 1947 menggariskan prinsip-prinsip asas seperti semua negara adalah setara dalam konteks kedaulatan, keutuhan wilayah tidak boleh dicabuli, aktiviti pencerobohan tanah perlu dielakkan, dan lain-lain.

Semenjak itu, orde antarabangsa pasca perang telah diwujudkan secara teratur.

Namun, pada penghujung tahun 1970-an, tindakan Filipina dan Vietnam yang masing-masing mengemukakan tuntutan kedaulatan terhadap beberapa pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha China bukan sahaja mencemarkan Piagam PBB sebagai pedoman di peringkat antarabangsa, malah mencabar orde antarabangsa.

Apabila kedua-dua negara itu menguasai sesetengah pulau dan terumbu wilayah China dengan kekerasan, situasi di Laut China Selatan sejak saat itu sentiasa dibayangi konflik dan drama bertikam lidah tidak mampu dielakkan lagi.

Negara-negara berkenaan menjadikan diri mereka sebagai mangsa untuk meraih simpati masyarakat antarabangsa, malah mengeksploitasi isu pertikaian wilayah tersebut untuk memburukkan imej China di mata dunia dan menyembunyikan perbuatan menceroboh wilayah China.

Segelintir kuasa asing yang hanya mengejar kepentingan masing-masing di rantau ini pula hanya menutup sebelah mata terhadap pencerobohan tersebut, sebaliknya memaksa China dengan kekerasan untuk menerima tuntutan mereka yang tidak masuk akal itu.

China, selaku kuasa besar yang bertanggungjawab dan salah sebuah negara daripada lima negara anggota tetap PBB, ingin berganding bahu dengan negara-negara lain untuk memelihara orde antarabangsa pasca perang dan berusaha bagi mengelakkan peristiwa hitam pencerobohan wilayah daripada berulang lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China