Cari:
Catatan Sejarah Laut China Selatan ke-10: Niat Filipina untuk Menduduki Pulau Huangyan
2016-05-17 09:47:32 CRI Cetak

Baru-baru ini, beberapa buah bot nelayan Filipina sering kali menjalankan kegiatan haram di perairan Pulau Huangyan, China, memasuki lagun untuk menangkap ikan dan berada di sana untuk tempoh yang agak panjang.

Ketika kapal penguatkuasa China memujuk bot berkenaan supaya keluar dari kawasan perairan tersebut, bot nelayan Filipina bukan sahaja tidak mematuhinya, malah menyerang kakitangan dan kapal penguatkuasa China.

Tindakan provokasi Filipina amat berbahaya dan semakin hebat. Hal ini telah mengancam keselamatan dan peraturan perairan Pulau Huangyan, di samping memuncakkan ketegangan hubungan kedua-dua negara serta mencabuli kedaulatan wilayah China.

Pulau Huangyan merupakan sebahagian wilayah China yang tidak dapat dipisahkan sejak azali.

Rakyat China yang telah menemukan Pulau Huangyan dan menggunakan pulau itu seawal zaman Dinasti Yuan (1271-1368 Masihi).

Nelayan China menangkap ikan di kawasan tersebut dari satu generasi ke satu generasi.

Lokasi Pulau Huangyan merupakan tempat rehat yang strategik bagi nelayan China yang berlayar di Laut China Selatan.

Buku purba Genglu Bu mencatat laluan pelayaran nelayan China di Pulau Huangyan.

Pada bulan Januari 1935, Jawatankuasa Pemeriksa Peta China memeriksa dan mengumumkan 132 pulau dan pantai, antaranya, Pulau Huangyan sebagai sebahagian Pulau Zhongsha yang disenaraikan dalam peta wilayah China.

Pada tahun 1947, China mengumumkan 172 nama bagi gugusan pulau-pulau di Laut China Selatan. Pulau Huangyan dinamai "Minzhujiao".

Pada tahun 1983, ketika mengumumkan nama gugusan pulau-pulau di Laut China Selatan, China telah menetapkan Pulau "Huangyan" sebagai nama rasmi, manakala "Minzhujiao" sebagai nama kedua.

Sebelum tahun 1997, Filipina tidak pernah mengemukakan tuntutan hak kedaulatan terhadap Pulau Huangyan. Masyarakat antarabangsa juga tidak pernah mempersoalkan kedaulatan China di pulau tersebut.

Dari segi sejarah, penetapan wilayah Filipina adalah berdasarkan perjanjian antarabangsa, dan tiada satu pun perjanjian yang memasukkan Pulau Huangyan dalam wilayah negara itu.

Antara perjanjian antarabangsa tersebut termasuklah Perjanjian Paris Amerika Syarikat-Sepanyol (tahun 1898), Perjanjian Washington Amerika Syarikat-Sepanyol (tahun 1900) dan Perjanjian Britain-Amerika Syarikat (tahun 1930).

Kesemua perjanjian itu menetapkan sempadan barat Filipina adalah pada garis bujur 118 darjah timur. Maka, Pulau Huangyan yang terletak di garis bujur 117°51' darjah timur, pastilah berada di luar wilayah Filipina.

Berdasarkan dokumen rasmi Filipina, Pulau Huangyan terletak di luar wilayah negara itu. Antaranya dokumen rasmi yang menetapkan wilayah negara itu pada tahun 1961 dan 1968 malah peta Filipina yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara itu pada 2011, semua menggariskan Pulau Huangyan di luar wilayah negara itu.

Namun, bermula pada bulan Mei 1997, Filipina mula menunjukkan niat untuk menduduki Pulau Huangyan.

Ketika Persatuan Gerakan Radio China mengetuai delegasi eksplorasi yang turut diserta anggota Amerika Syarikat dan Jepun mendarat di Pulau Huangyan, Filipina telah menghantar kapal dan pesawat perang untuk memantau dan mengganggu delegasi tersebut.

Ahli Parlimen Filipina juga telah beberapa kali mengunjungi Pulau Huangyan dan mendirikan bendera kebangsaan Filipina untuk mengisytiharkan "kedaulatan" negara itu.

Tidak lama selepas itu, sebuah bot peronda tentera laut Filipina telah menghalang sebuah bot nelayan China yang melalui kawasan perairan sejauh 11 kilometer dari Pulau Huangyan dan menahan 21 orang nelayan China.

Pada bulan Mei 1999, sebuah bot nelayan China dikejar dan dilanggar oleh kapal tentera laut Filipina, mengakibatkan 11 nelayan China terhumban ke dalam laut.

Selain itu, Filipina juga cuba membersihkan tindakannya melalui penggubalan perlembagaan.

Pada 10 Mac 2009, Filipina meluluskan Akta Kawasan Perairan Bertindih dan menyenaraikan Pulau Huangyan dan sebahagian Kepulauan Nansha sebagai wilayah negara itu secara haram.

Pada 10 April 2012, Filipina menghantar kapal tentera "Del Pilar" untuk mengganggu nelayan dan kapal China di perairan Pulau Huangyan, serta mencetuskan "Peristiwa Pulau Huangyan".

Pendirian Filipina yang sering bercanggah tentang Pulau Huangyan jelas menunjukkan pencabulan ke atas kedaulatan negara lain dan merupakan helah semata-mata.

Tindakan Filipina menggembar-gemburkan isu Pulau Nansha diibaratkan ada udang di sebalik batu.

Pertama, Filipina ingin menarik perhatian masyarakat antarabangsa dengan berperanan sebagai "mangsa".

Kedua, Filipina menyalahgunakan "Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) dan mengemukakan kes timbang tara isu Laut China Selatan secara sepihak.

Ketiga, niat Filipina untuk menduduki Pulau Huangyan selaras dengan Strategi Pengimbangan Semula Amerika Syarikat (AS). Sokongan AS secara senyap-senyap memberikan keyakinan kepada Filipina.

Namun, niat negara itu tidak akan menjadi kenyataan. Sebarang tipu muslihat untuk merampas kedaulatan China pasti akan gagal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China