Cari:
Catatan Sejarah Laut China Selatan Ke-10: Orang Gila Filipina- Thomas Coloma
2016-05-17 09:49:07 CRI Cetak

Thomas Coloma, Warga Filipina Yang Tidak Siuman

Thomas Coloma, warga Filipina yang dilahirkan pada 1904, menjalani kehidupan yang "tidak siuman" sepanjang hayat.

Mengapakah Coloma dipanggil "tidak siuman"? Orang tidak siuman sememangnya mempunyai beberapa ciri persamaan, iaitu bersikap angkuh, berasa dirinya terlalu hebat, pandai menipu dan suka berkhayal.

Dalam sejarah, memang terdapat individu-individu sebegitu.

Salah satu contoh terbaik ialah Adolf Hitler. Teori-teorinya yang seolah-olah mengangkat orang Jerman adalah pemimpin kepada bangsa yang lain merupakan pandangan yang tidak masuk akal.

Sebenarnya, pengalaman hidup Coloma semasa muda tiada kaitan dengan orang tidak siuman, sebaliknya amat menggalakkan.

Dia dilahirkan dan dibesarkan di sebuah pulau kecil di selatan Filipina. Ketika berumur 12 tahun, dia belajar sambil bekerja di Manila hingga tamat sekolah menengah, kemudian mencari rezeki di bandar itu.

Ketika berumur 35 tahun, Coloma yang bercita-cita tinggi itu pergi ke bekas Kesatuan Soviet dan mengikuti pengajian di negara itu. Dua tahun kemudian, dia memperoleh ijazah sarjana undang-undang lalu kembali ke tanah airnya.

Beliau telah menduduki ujian untuk menjadi kakitangan kerajaan.

Kemudian, dia menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan dan memulakan perniagaan sendiri, yang akhirnya menjadi kaya-raya.

Setakat ini, pengalaman hidup Thomas Coloma boleh dianggap amat menggalakkan, namun pengalaman "tidak siumannya" baru bermula dari sini. Dia suka memancing dan beberapa kali pergi ke Kepulauan Nansha China.

Dia mendapat tahu bahawa banyak pulau di Kepulauan Nansha tidak dihuni oleh manusia.

Sebagai peniaga yang mempunyai ilmu undang-undang, Coloma berniat untuk menduduki pulau-pulau itu, mendapat keuntungan yang banyak dengan membolot segala sumber yang ada di kawasan itu, di samping membina asas demi beliau menceburi arena politik di Filipina.

Setelah berkomplot untuk membuat rancangan gila, pada tahun 1956, Coloma bersama-sama dengan rakannya mendarat di Pulau Taiping, Pulau Nanwei dan Pulau Zhongye dengan alasan "eksplorasi", menaikkan bendera kebangsaan Filipina dan melantik dirinya sebagai "presiden" di kepulauan tersebut.

Coloma pernah menulis dua pucuk surat kepada kerajaan Filipina untuk memberi nama semula kepada Kepulauan Nansha sebagai "Kalayaan", yang bermaksud "kawasan yang tiada pemilik". "Saya, Coloma, menemukan dan menduduki tanah yang tidak dihuni, mengumumkan pemilikan rasmi terhadap tanah ini."

Walau bagaimanapun, orang yang "tidak siuman" bukan orang yang bodoh. Dia tahu bahawa tiada "kawasan yang tiada pemilik". Oleh itu, dalam surat keduanya kepada kerajaan Filipina, Coloma mengingatkan kerajaan agar tidak menuntut kedaulatan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tindakan begitu akan dibantah oleh negara-negara lain.

"Peristiwa Coloma" segera mendapat bantahan keras daripada pihak berkuasa China.

Jurucakap Kementerian Luar China pada ketika itu menyatakan "Kepulauan Nansha merupakan sebahagian wilayah yang tidak dapat dipisahkan dari China dan China tidak membenarkan mana-mana negara mencerobohi wilayah tersebut walau apa-apa pun alasan.

Pelbagai media China menerbitkan rencana untuk mempertahankan kedaulatan China.

Akhbar Renminribao menerbitkan rencana untuk membantah teori "penemuan" Coloma.

Menurut laporan Renminribao, Kepulauan Nansha merupakan sebahagian wilayah China sebelum Filipina ditubuhkan. Orang China telah menemukan Kepulauan Nansha pada zaman Dinasti Han (abad ke-2 Sebelum Masehi).

Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, penduduk China membahagi-bahagikan Kepulauan Nansha kepada beberapa pulau dan masing-masing memberi nama.

Panduan pelayaran Genglu Bu mencatat terdapat lebih 80 nama untuk pulau-pulau di Kepulauan Nansha yang telah diberikan oleh nelayan China dan sebahagian nama tersebut masih digunakan hingga sekarang.

Selain itu, China juga merupakan negara yang pertama meneroka dan menjalankan kuasa pentadbiran di Kepulauan Nansha. Penduduk China menangkap ikan dan menghuni kawasan tersebut.

Menurut catatan negara asing seperti Panduan Laut China yang diterbitkan oleh Britain dan Panduan Kepulauan Nansha yang diterbitkan oleh Jepun, hanya penduduk China menangkap ikan atau tinggal di Kepulauan Nansha pada awalnya.

Sejak zaman Dinasti Tang (618-907 Masihi), kerajaan-kerajaan pelbagai dinasti China telah mentadbir Kepulauan Nansha melalui penetapan kawasan pentadbiran, tinjauan tentera laut dan kemasukan pulau tersebut dalam peta wilayah.

Semua ini mempunyai bukti sejarah. Boleh dikatakan, kedaulatan China terhadap Kepulauan Nansha dibentuk melalui proses penggunaan yang sah. Kepulauan Nansha juga bukan "kawasan yang tiada pemilik".

Pada abad ke-20, Kepulauan Nansha pernah diduduki oleh Jepun. Selepas Perang Dunia II, berdasarkan "Kovensyen Kaherah" dan "Perisytiharan Potsdam", Jepun mengembalikan Kepulauan Xisha dan Nansha kepada China.

Namun, disebabkan lokasi geografi, iklim dan kuasa China pada waktu itu, pulau-pulau tersebut tidak ditempatkan tentera.

Teori Coloma yang menyebut dirinya "telah menemukan benua baharu" ternyata amat lucu sekali.

Filipina memiliki lebih 7000 pulau, hanya 1095 pulau mempunyai nama, 2000 pulau didiami oleh penduduk, manakala kebanyakan yang lain bukan sahaja tiada nama, malah tiada penduduk.

Menurut teori Coloma, adakah negara lain boleh menduduki pulau-pulau tersebut?

Selepas "Peristiwa Coloma", pihak berkuasa Taiwan China juga mengambil tindakan berkaitan, iaitu menghantar tentera untuk meninjau Kepulauan Nansha dan mengusir penduduk Filipina serta memusnahkan jejak-jejak yang ditinggalkan oleh Coloma.

Pada tahun 1974, kerajaan Filipina telah menangkap Coloma yang berusia 70 tahun ketika itu dan membicarakan dia di mahkamah tentera atas dakwaan berpura-pura menjadi "panglima tentera laut" dan menjalankan penipuan.

Coloma terpaksa menandatangani perjanjian dengan kerajaan, menjual "negaranya" dengan harga satu Peso untuk mendapatkan kebebasan.

Pada akhir cerita ini, sama ada kepala Coloma sudah "betul" semula atau tidak belum diketahui, tetapi sesetengah ahli politik Filipina memang telah gila. Mereka meneruskan teori Coloma yang gila itu, berniat untuk menduduki Kepulauan Nansha melalui "timbang tara pertikaian Laut China Selatan". Keputusan kes timbang tara tersebut mungkin sama seperti Coloma.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China