Cari:
Hubungan Beijing, Manila Diharap pada Landasan Betul
2016-05-17 14:21:47 CRI Cetak

China berharap agar kerajaan baharu Filipina akan mempertahankan pendekatan rundingan berhubung dengan pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan dan mengembalikan hubungan kedua-dua negara pada landasan yang betul.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam taklimat media di Beijing semalam, ketika ditanya tentang harapan Beijing mengenai bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Hong Lei terlebih dahulu merakamkan ucapan tahniah kepada Duterte kerana terpilih sebagai presiden baharu.

Menurut beliau, hubungan kedua-dua negara yang kekal sihat dan stabil adalah selaras dengan kepentingan bersama, malah menjadi aspirasi rakyat China dan Filipina.

Oleh hal yang demikian, haruslah kedua-dua negara meneruskan rundingan untuk menamatkan pertikaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China