Cari:
Malaysia Mara ke Suku Akhir Piala Thomas
2016-05-17 15:10:45 CRI Cetak

Pasukan Malaysia terus mengorak langkah apabila berjaya menempah tiket ke pusingan suku akhir kejohanan badminton Piala Thomas 2016 selepas dengan mudah menewaskan Jerman 5-0 pada aksi kedua peringkat Kumpulan C di Kompleks Sukan Kunshan, selatan China semalam.

Kejayaan tersebut sekurang-kurangnya melegakan barisan pemain negara yang diketuai Datuk Lee Chong Wei kerana mereka tidak perlu berasa tertekan ketika berhadapan dengan Korea Selatan pada aksi terakhir peringkat kumpulan hari ini.

Dalam perlawanan kali ini, pasukan Malaysia memasang impian untuk menamatkan penantian selama 24 tahun dengan menjulang Piala Thomas selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1992 di Kuala Lumpur.

(sumber Kosmo)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China