Cari:
Duterte Terima Kepulangan Pemimpin Komunis
2016-05-17 15:14:43 CRI Cetak
Bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mengundang pemimpin-pemimpin daripada Parti Komunis bagi mengisi portfolio dalam Kabinet baharu Filipina.

Pengasas Parti Komunis Filipina, Jose Maria Sison yang berada dalam buangan di Belanda selama hampir tiga dekad sebelum ini menyatakan bahawa beliau ingin pulang ke tanah air untuk menyambung semula rundingan damai dengan kerajaan baharu, sekiranya Duterte menang dalam pemilihan presiden pada 9 Mei lalu.

Duterte berkata, kepulangan Sison ke Filipina amat penting untuk membantu kerajaan baharu membendung pemberontakan.

Sison, yang kini berusia 77 tahun, merupakan tutor Duterte di sebuah universiti di Manila pada tahun 1960-an telah melarikan diri ke Eropah setelah rundingan damai gagal dicapai pada tahun 1987.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China