Cari:
Misi Cari MH370 Berakhir Julai
2016-05-18 13:38:10 CRI Cetak
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi, mengesahkan operasi di luar pantai Australia Barat akan dihentikan Julai ini, melainkan terdapat bukti penting terbaharu ditemukan.

Pencarian menjangkau satu kawasan seluas 120,000 kilometer, setakat ini masih gagal menemukan pesawat berkenaan, yang hilang pada Mac 2014 lalu.

Walaupun beberapa serpihan kecil pesawat itu ditemukan terdampar di Afrika, namun bukti berkenaan masih tidak mencukupi untuk meyakinkan Australia untuk membelanjakan lebih daripada USD 60 juta (RM 241 juta) yang telah digunakan setakat ini bagi tujuan tersebut.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China