Cari:
Jadual Lawatan Obama di Vietnam, Jepun
2016-05-19 14:49:46 CRI Cetak

Pengarah Kanan bagi Hal Ehwal Asia, Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat (AS), Daniel Kritenbrink berserta dengan Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Timur Asia dan Pasifik, Daniel Russel memaklumkan jadual lawatan Presiden Barack Obama ke Vietnam dan Jepun, di Washington semalam.

Kritenbrink dalam satu taklimat kepada media berkata, lawatan Obama tersebut merupakan kali kesepuluh beliau menjejakkan kaki di benua Asia.

Bermula dari 21 hingga 25 Mei ini, Presiden AS itu akan singgah di Hanoi untuk bertemu dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Tran Dai Quang serta Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis negara itu, Nguyen Phu Trọng.

Selepas itu, Obama akan berkunjung ke bandar Ho Chi Minh dan beramah mesra dengan tokoh-tokoh perniagaan.

Mengenai isu penjualan senjata, Russel memaklumkan, Washington telah menarik balik sebahagian pengharaman penjualan senjata kepada Hanoi pada 2014, namun atas alasan hak asasi manusia, AS akan mempertimbangkan semula permohonan kerajaan Vietnam tentang pembelian senjata.

Semasa di Jepun, Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) di Ise-Shima.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China