Cari:
Rusia, Indonesia Eratkan Kerjasama
2016-05-19 15:07:11 CRI Cetak
Rusia dan Indonesia bersetuju untuk memperkasakan kerjasama dalam bidang keselamatan, ekonomi dan perdagangan.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN di Sochi, selatan Rusia bermula pada 19 hingga 20 Mei ini.

Dilaporkan, Moscow dan Jakarta menandatangani perjanjian kerjasama dalam bidang pertahanan, yang bakal memudahkan kedua-dua negara melaksanakan operasi memerangi keganasan serta berkongsi maklumat risikan.

Selepas pertemuan tersebut, Putin berkata kepada media, mereka juga membincangkan isu pembinaan zon perdagangan bebas Kesatuan Ekonomi Eurasia-Indonesia bagi merangsang pertumbuhan perdagangan dua hala.

Dalam pada itu, Jokowi pula berkata, beliau mengalu-alukan pelaburan Rusia di Indonesia, yang merangkumi bidang petroleum, pelabuhan dan jaringan kereta api.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China