Cari:
Najib Hadiri Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN
2016-05-19 15:21:29 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sochi semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN selama dua hari yang bermula Khamis ini bagi memperingati 20 tahun hubungan dialog Rusia-ASEAN.

Pada sidang kemuncak itu, pemimpin-pemimpin berkenaan dijangka meluluskan Deklarasi Sochi berjudul "Bergerak Menuju Persahabatan Strategik untuk Faedah Bersama".

Semasa di sini, Najib dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

ASEAN dianggotai Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China