Cari:
Australia Isyitihar Pencarian MH370 Tamat Ogos
2016-05-21 14:07:28 CRI Cetak

Pencarian besar-besaran bagi pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 di selatan Lautan Hindi dijadualkan berakhir awal Ogos nanti.

Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan berkata, pihaknya mempunyai beberapa cara untuk menyelesaikannya dan pertaruhan terbaik mereka adalah melengkapkan pencarian pada akhir Julai atau awal Ogos depan, bergantung kepada keadaan cuaca.

Kurang daripada 15,000 kilometer persegi kawasan pencarian masih belum diterokai daripada ke­seluruhan 120,000 kilometer persegi yang disasarkan di barat Austra­lia, lokasi yang dipercayai pesawat itu terhempas.

Dolan berkata kepada akhbar The Austra­lian, terdapat kemampuan teknikal untuk meneruskan pencarian bekenaan, tetapi dana bagi membiayainya tertakluk kepada kerajaan.

(sumber Kosmo Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China