Cari:
Aktiviti "Hubungan China-ASEAN Masuki Kampus" di Jakarta
2016-05-23 11:47:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Aktiviti "Hubungan China-ASEAN Masuki Kampus" yang diadakan bersama oleh Misi Diplomat China ke ASEAN dan Kolej Perhubungan Awam London Indonesia telah diadakan di Jakarta pada 20 Mei lalu. Aktiviti ini disertai oleh hampir seratus guru dan pelajar daripada 10 buah sekolah menengah tempatan.

Kaunselor Misi Diplomat China ke ASEAN, Ke Yousheng yang turut menghadiri aktiviti kali ini memaklumkan kemajuan dan pembangunan China serta dasar diplomasi China kepada para guru dan pelajar, yang menunjukkan hubungan persahabatan antara China dengan Indonesia serta kemajuan besar dalam kerjasama China dan ASEAN.

Ke Yousheng juga berharap pelajar tempatan dapat lebih memahami China dan menjadi utusan bagi hubungan muhibah antara China, Indonesia dan negara anggota ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China