Cari:
China-Vietnam Iktiraf Peranan Tiga Dokumen Undang-undang Mengenai Sempadan Darat
2016-05-25 11:34:59 CRI Cetak

Sidang Penyimpulan Pelaksanaan Tiga Dokumen Undang-undang Mengenai Sempadan Darat China-Vietnam diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam. Kedua-dua pihak telah memberikan pengiktirafan penuh terhadap peranan dan sumbangan serta makna yang penting tiga dokumen undang-undang tersebut.

Para peserta telah mengadakan perbincangan mengenai empat topik termasuk "kawalan sempadan dan kerjasama penguatkuasaan undang-undang", "pembukaan pintu keluar masuk dan pemudahan prosedur kastam", "kerjasama ekonomi dan pelancongan rentas sempadan", "kesalinghubungan sempadan dan pembinaan infrastruktur".

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dalam sidang tersebut menyatakan bahawa tiga dokumen undang-undang tersebut telah membuka lembaran baharu bagi hubungan China-Vietnam dan merupakan contoh baik penyelesaian pertikaian melalui rundingan damai.

Naib Menteri Luar Vietnam pula yakin bahawa persahabatan Vietnam-China akan kian erat dan prospek kerjasama kedua-dua negara amat cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China