Cari:
Xu Qiliang Ditemui Panglima Ahmad Kamarulzaman
2016-05-25 14:19:21 CRI Cetak

Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xu Qiliang ditemui Panglima Tentera Laut Malaysia, Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin di Beijing semalam.

Xu Qiliang berkata, China amat mengambil berat hubungan tentara China-Malaysia, khususnya hubungan tentera laut kedua-dua negara. China bersedia bersama-sama dengan Malaysia untuk meningkatkan interaksi tentera dalam pelbagai bidang, terus mengeratkan perkongsian strategik komprehensif.

Beliau menegaskan China dengan keras menentang sesetengah negara membesar-besarkan situasi yang tegang di Laut China Selatan. China bersedia bekerjasama aktif dengan Malaysia dalam bidang pertahanan keselamatan serantau, melindungi keamanan dan kestabilan serantau serta mengekalkan hubungan kerjasama persahabatan China-ASEAN.

Panglima Ahmad Kamarulzaman pula menyatakan bahawa Malaysia bersedia berusaha bersama-sama dengan China untuk meningkatkan rasa kesalingpercayaan dua hala, mengintensifkan kerjasama yang pragmatik dalam pelbagai bidang supaya melonjakkan hubungan tentera kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China