Cari:
China Harap Tingkatkan Kerjasama Dengan Malaysia Dalam Projek Landasan Kereta Api Laju Singapura-Malaysia
2016-05-25 15:18:01 CRI Cetak

Pengurus Besar Kumpulan Kereta Api China, Sheng Guangzu menyatakan di Kuala Lumpur semalam bahawa China berharap meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam projek landasan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura kerana kereta api China mempunyai kelebihan dari segi teknologi, kelengkapan dan kos yang sederhana, manakala keselamatannya terjamin.

  

Beliau berkata, lawatan beliau ke Malaysia kali ini adalah untuk mempergiat kerjasama persahabatan kedua-dua negara dalam kereta api dan berkongsi pengalaman China dengan Malaysia.

China mempunyai sistem pengawalan kereta api laju yang paling maju dan cekap di dunia. China berharap dapat memenangi tender projek landasan kereta api laju Malaysia-Singapura.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China