Cari:
Sarjana Thailand dan China: Timbang Tara Tidak Manfaat bagi Penyelesaian Isu Laut China Selatan
2016-05-26 14:31:23 CRI Cetak

Tribunal timbang tara antarabangsa berkaitan isu Laut China Selatan yang dikemukakan sepihak oleh Filipina akan membuat keputusan muktamd dalam masa terdekat.

Mantan Naib Perdana Menteri Thailand, Surakiart Sathirathai semasa diwawancara wartawan China berkata, sesebuah negara tidak menerima keputusan timbang tara antarabangsa adalah normal. Pilihan negara yang berdaulat patut dihormati.

Surakiart berpendapat, sama ada negara yang berdaulat menerima keputusan tribunal timbang tara antarabangsa atau tidak, selaras dengan kelaziman antarabangsa. Masyarakat antarabangsa patut menghormati pemilihan negara berkenaan.

Ketua Pengarah Institut Pengajian Laut China Selatan China, Wu Shicun menyatakan, China dan negara ASEAN sedang giat mengadakan rundingan tentang pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan proses ini berada dalam landasan normal.

Beliau menegaskan, penyelesaian perselisihan melalui rundingan adalah satu-satunya cara untuk menangani isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China