Cari:
ASEAN: Tingkatkan Kerjasama, Galakkan Kedamaian dan Keselamatan Serantau
2016-05-26 14:36:52 CRI Cetak
Sidang Menteri Pertahanan ASEAN yang bertemakan "Galakkan Kerjasama Pertahanan, Bina Komuniti ASEAN yang Dinamik" diadakan di Vientaine, Laos semalam.
Menurut kenyataan sidang itu, pelbagai pihak harus meningkatkan kerjasama pertahanan bagi menjamin kedamaian dan keamanan serantau.
Menteri Pertahanan Laos, negara pengerusi bergilir ASEAN, Chansamone Chanyalath menyatakan sidang tersebut meluluskan "Dokumen Penubuhan Kumpulan Kerja Pakar Keselamatan Siber ASEAN", "Peraturan tentang Bantuan Kemanusiaan dan Penyelamatan Bencana Tentera ASEAN", "Rujukan Pusat Perubatan Ketenteraan ASEAN" dan lain-lain.
Beliau menegaskan, pihak-pihak yang terlibat dalam perselisihan laut dan wilayah harus mengelakkan tindakan sepihak, penyelesaian harus selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China